Sunday, 1 April 2018

Tips mendidik anak








1. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Namun dengan cara ini, lebih dapat membantu mereka berubah dengan perlahan-lahan. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran.

2. Didik diri anda supaya untuk menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anak anda dengan cara suara, perbuatan dan muka. Anda perlu menunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi dan menghargai mereka. 

3. Elakkan menggunakan perkataan - perkataan yang kesat terhadap anak-anak anda. Elakkan juga dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. 

4. Mulakan hidup anak anda dengan memanggil nama yang baik terhadap mereka. Nama yang baik akan menyebabkan anak anda berasa rendah diri.

5. Berikan pelukkan terhadap anak anda setiap hari. Dengan cara ini, mereka akan berasa diri mereka disayangi, dihargai dan diberi perhatian yang secukupnya.

6. Persekitaran yang baik untuk mereka membesar yang merangkumi permilihan kawasan kejiranan, sekolah dan lain-lain.

7. Tidak terlalu memberi kemewahan yang berlebih-lebihan kepada anak anda.

8. Jadikan rutin harian untuk solat di masjid dan asuh anak anda untuk menghadiri majlis ilmu. 

Tips keluarga bahagia




1. Pastikan anda ada masa dengan keluarga untuk berbual setiap hari. Semua isteri dan anak-anak akan bahagia apabila dapat berkumpul dan dapat berbual bersama dengan semua ahli keluarga.

2.  Amalkan makan bersama ahli keluarga setiap hari. Berbual mesra dan menasihati semasa makan. Amalan ini akan dapat mengeratkan silaturrahim diantara ahli keluarga dan juga elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan tersebut.

3. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

4.  Didik isteri dan anak-anak dengan cara menasihati dan peringatkan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.

5. Berikan nafkah kepada isteri mengiku keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami yang mengabaikan nafkah kerana isteri yang bekerjaya. Ramai suami juga yang kedekut dan berkira. Oleh kerana, ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

6. Sentiasa taat kepada semua perintah Allah dan juga haruslah memastikan isteri dan anak-anak juga mematuhi semua perintah Allah.

7. Tegur kesilapan isteri jika ianya melakukan kesilapan dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi ditegur dengan cara yang kasar. Apabila si suami berkasar dengan isteri mahupun anak-anak, isteri dan anak-anak akan berasa takut, bingung, hiba dan memberontak.

Tips elak penceraian





Masalah penceraian ini semakin hari semakin meningkat. Berikut adalah tips untuk mengelakkan daripada berlakunya penceraian diantara suami isteri. Antaranya:

  • Hormat menghormati sesama sesama isteri dan suami
  • Bersyukur dengan kurniaan atau ujian Tuhan berikan
  • Menasihati sesama suami dan isteri
  • Selalu berkomunikasi 
  • Ringankan mulut untuk mengucapkan kata maaf jika melakukan kesilapan
  • Mestilah, jujur dan setia
  • Kongsi apa sahaja masalah yang dihadapi
  • Jangan biasakan berbohong 
  • Tetap mesra
  • Saling mempercayai diantara satu sama lain


Berlakunya penceraian ini, akan mendapat kesan terhadap kanak-kanak. Oleh kerana, kanak-kanak akan terabai dan juga kanak-kanak kurang diberi perhatian dan juga kasih sayang. Dari segi pembelajaran kanak-kanak juga boleh merosot dan terganggu. Selain itu, mungkin juga kanak-kanak akan menjadi seorang yang pendiam atau kata lain menjadi seorang yang berbeza dari sebelum ini. 


Tips mendidik anak

1. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Namun dengan cara ini, lebih dapat membantu mereka berubah deng...