Sunday, 1 April 2018
Tips keluarga bahagia
1. Pastikan anda ada masa dengan keluarga untuk berbual setiap hari. Semua isteri dan anak-anak akan bahagia apabila dapat berkumpul dan dapat berbual bersama dengan semua ahli keluarga.
2. Amalkan makan bersama ahli keluarga setiap hari. Berbual mesra dan menasihati semasa makan. Amalan ini akan dapat mengeratkan silaturrahim diantara ahli keluarga dan juga elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan tersebut.
3. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
4. Didik isteri dan anak-anak dengan cara menasihati dan peringatkan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.
5. Berikan nafkah kepada isteri mengiku keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami yang mengabaikan nafkah kerana isteri yang bekerjaya. Ramai suami juga yang kedekut dan berkira. Oleh kerana, ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
6. Sentiasa taat kepada semua perintah Allah dan juga haruslah memastikan isteri dan anak-anak juga mematuhi semua perintah Allah.
7. Tegur kesilapan isteri jika ianya melakukan kesilapan dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi ditegur dengan cara yang kasar. Apabila si suami berkasar dengan isteri mahupun anak-anak, isteri dan anak-anak akan berasa takut, bingung, hiba dan memberontak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tips mendidik anak
1. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Namun dengan cara ini, lebih dapat membantu mereka berubah deng...

-
1. Pastikan anda ada masa dengan keluarga untuk berbual setiap hari. Semua isteri dan anak-anak akan bahagia apabila dapat berkumpul da...
-
1. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Namun dengan cara ini, lebih dapat membantu mereka berubah deng...
-
Masalah penceraian ini semakin hari semakin meningkat. Berikut adalah tips untuk mengelakkan daripada berlakunya penceraian dia...
No comments:
Post a Comment